Monday, May 3, 2010

Program ceramah motivasi murid -murid tahun 6


Program ceramah motivasi murid -murid tahun 6 ini merupakan sebuah program yang mampu memberikan suntikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada semua murid UPSR pada tahun ini untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan . Segala usaha murni pihak sekolah ini diharap mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Alan Bin Alim (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pejabat Daerah Tuaran) kerana sudi menjadi penceramah jemputan di sekolah ini.