Tuesday, May 18, 2010

Taklimat Jadual Waktu dan Program Kaunseling Berfokus



Bagi memastikan kemantapan dan kecekapan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan taklimat Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Program Kaunseling berfokus telah diadakan pada 18, Mei 2010, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran. Taklimat ini telah di sampaikan oleh En. Awang Mad Said, Penolong Kanan Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sabah dan dihadiri oleh semua guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Tuaran.