Latar Belakang







 LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK LOK YUK TELIPOK, TUARAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SK Lok Yuk Telipok telah dimula sejak tahun 1993. Ini telah dipelopori oleh guru bimbingan iaitu Puan Mairin Magabi. Setelah itu, di bawah naungan guru besar Puan Elizabeth Sikuil pada tahun 2003 bilik bagi unit bimbingan dan kaunseling telah dibina yang pada asalnya sebuah stor dan tandas sekolah. Pengubah suaian ini telah dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling pada waktu itu iaitu En. Joimin Yabi. 

Sejak tahun 2007 , di bawah naungan guru besar baru iaitu Guru Besar Cemerlang En. Judin bin Diana, bilik Bimbingan dan Kaunseling telah diberikan perhatian penuh. Beliau telah memberikan sokongan penuh dalam usaha untuk mewujudkan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif. Pelbagai kemudahan telah diberikan seperti televisyen, rak-rak buku serta kelengkapan lain yang diperlukan. Seterusnya, bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah dirasmikan pada 19 September 2008 oleh Encik Mastan bin Gaga, Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran.

Puan Liza Mat telah mula ditugaskan sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa pada tahun 2009. Pada bulan Januari 2010 guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa yang baru ialah Veronica Oliver Lidadun.