PRS


1.0. PENGENALAN


Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah mula ditubuhkan di SK Lok Yuk Telipok pada 15 Mac 2010 di bawah kelolaan Guru Bimbingan dan Kaunseling  2010, Veronica Oliver Lidadun.


2.0. SEJARAH PERKEMBANGAN PRS DI MALAYSIA


2.1. Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan februari 1986 hingga bulan November 1986.
2.2. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.
2.3. Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat sekolah.
2.4. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.
2.5. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
2.6. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.
2.7. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih diperingkat negeri masing-masing.

2.7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.
2.7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu
• Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
• Teknik tafsiran keperluan
• Teknik-teknik latihan.
• Teknik penilaian program
• Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
• PRS dari perspektif Islam

2.7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul




3.0. PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3.1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
3.2. Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.




4.0. DEFINISI


Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.




5.0. RASIONAL


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

5.1. Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
5.2. Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.
5.3. Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan positif.
5.4. Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.


6.0. FALSAFAH


“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.


7.0. VISI


Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.


8.0. MISI


Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.


9.0. MATLAMAT


9.1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
9.2. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
9.3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
9.4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.


10.0. OBJEKTIF


10.1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
10.2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
10.3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
10.4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


11.0. ETIKA PRS


PRS perlu patuh kepada etika berikut:

11.1. Amanah dan menyimpan rahsia.
11.2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
11.3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
11.4. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
11.5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
11.6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
11.7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.


12.0 IKRAR PRS


Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.

12.1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
12.2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
12.3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
12.4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
12.5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
12.6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS



13.0 SENARAI TUGAS PRS


13.1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
13.2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
13.3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
13.4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.
13.5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
13.6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
13.7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.
13.8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
13.9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
13.10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.
13.11. Mematuhi etika kerahsiaan.
13.12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13.13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
13.14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
13.15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
13.16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.