Tuesday, July 13, 2010

KEM MOTIVASI UPSR TAHUN 6 2010

Kem motivasi telah diadakan pada 6-7 Julai 2010. Dianjurkan oleh semua Panitia mata pelajaran Teras Sk.Lok Yuk Telipok , Tuaran. Program dirangka di bawah program Gemilang UPSR 2010 anjuran unit Kurikulum sekolah. Program ini dijalankan untuk memastikan motivasi murid untuk menghadapi UPSR lebih positif. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web sekolah.

Thursday, May 20, 2010

Program Ceramah Motivasi Ibu Bapa

Program Ceramah Motivasi Ibu Bapa Murid Tahun 6, 2010 ini telah diadakan pada 18 Mac 2010. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG En Santaian bin Manurun. Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh pensyarah IPG Kent Tuaran. Perkara utama yang ditekankan dalam ceramah ini ialah tanggungjawab dan peranan ibu bapa dirumah terhadap anak-anak meraka memandangkan sebahagian besar masa yang dihabiskan oleh murid-murid adalah dirumah. Diharapkan dengan ceramah ini akan membantu ibu bapa dalam usaha mendidik anak-anak mereka dirumah.