
Thursday, May 20, 2010
Program Ceramah Motivasi Ibu Bapa

Tuesday, May 18, 2010
Taklimat Jadual Waktu dan Program Kaunseling Berfokus

Bagi memastikan kemantapan dan kecekapan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan taklimat Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Program Kaunseling berfokus telah diadakan pada 18, Mei 2010, jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran. Taklimat ini telah di sampaikan oleh En. Awang Mad Said, Penolong Kanan Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sabah dan dihadiri oleh semua guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Tuaran.
Thursday, May 13, 2010
Mesyuarat kedua MGBK Daerah Tuaran

Mesyuarat Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Tuaran yang kedua telah diadakan pada 13 Mei, 2010, jam 8.30 hingga 12.00 bertempat di bilik mesyuarat PPD Tuaran. Mesyuarat ini melibatkan semua guru BNK daerah Tuaran. Agenda yang telah dibincangkan ialah berkenaan dengan kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) peringkat daerah Tuaran. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran.
Wednesday, May 12, 2010
Taklimat Remaja
Taklimat ini telah diadakan pada 6 Mei 2010, bertempat di kelas 6 Gemilang. Taklimat ini adalah khusus bagi murid-murid perempuan tahun 4, 5 dan 6. Taklimat ini telah dikendalikan oleh guru Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pn. Hamidah selaku guru bertugas pada minggu tersebut.
Monday, May 3, 2010
Mesyuarat Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Tuaran
Mesyuarat ini telah diadakan pada 28 April 2010. Melibatkan semua guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah menengah dan sekolah Rendah di seluruh daerah Tuaran.
Program ceramah motivasi murid -murid tahun 6

Program ceramah motivasi murid -murid tahun 6 ini merupakan sebuah program yang mampu memberikan suntikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada semua murid UPSR pada tahun ini untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan . Segala usaha murni pihak sekolah ini diharap mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Alan Bin Alim (Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Pejabat Daerah Tuaran) kerana sudi menjadi penceramah jemputan di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)